BM | EN | 中文

Hospital Kluang diaktif semula sebagai hospital COVID-19

Hospital-Enche-Besar-Hajjah-Kalsom-Kluang-HEBHK.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV: Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang dekat sini diaktifkan semula sebagai hospital COVID-19 bermula Rabu lepas (25 Nov).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan berkata pengaktifan semula itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Tongkang Pecah, Batu Pahat yang berkuat kuasa esok hingga 13 Dis, melibatkan kira-kira 16,300 penduduk.

“HEBHK dikhususkan untuk merawat pesakit COVID-19 sahaja kecuali kes kecemasan membabitkan perkhidmatan haemodialisis bagi pesakit sedia ada, radiologi untuk pemeriksaan ultrasound atau CT Scan, perubatan kecemasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan perkhidmatan pesakit luar dan klinik pakar di lokasi sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Vidyananthan berkata perkhidmatan rawatan harian untuk talasemia pula dipindahkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, manakala pembedahan elektif serta perkhidmatan klinik selepas waktu pejabat ditangguhkan.

Beliau berkata selaras dengan perubahan itu, semua kemasukan baharu pesakit bukan COVID-19 ke HEBHK dihentikan kecuali kes bersalin kecemasan.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata pelaksanaan PKPB di Tongkang Pecah adalah berdasarkan nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan selepas kawasan berkenaan merekodkan 56 kes positif.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top