BM | EN | 中文

HOSPITAL GLENEAGLES MEDINI BUKA WAD DAN PERKENAL SERVIS KLINIKAL BARU

IMG-20191122-WA0001.jpg

 

ISKANDAR PUTERI, 22 NOV: Hospital Gleneagles dekat Medini, di sini menambah 22 bilik baharu yang direka secara eksklusif untuk para pelanggannya berikutan daripada permintaan tinggi terhadap bilik persendirian.

Jenis-jenis bilik yang baharu dibuka termasuklah satu bilik Presidential Suite, dua bilik Junior Suite dan 19 bilik Deluxe persendirian dimana kesemua bilik-bilik ini menyediakan ruang yang lebih luas untuk keselesaan ahli-ahli keluarga pesakit di sini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu, Jean-Francois Naa, wad-wad ini dibina dan direka mengikut kehendak standard antarabangsa.

Jean (kiri) dan Ismail (dua,kiri) melawat salah satu bilik baharu yang dibuka

“Sehingga kini, pihak hospital telah merawat lebih 130,000 pesakit termasuklah 20,000 pesakit warga asing daripada negara Indonesia, China dan Singapura.

“Ia merupakan satu semangat bagi kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang terbaik untuk pesakit-pesakit di sini dan kami akan terus memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian pembukaan wad baru dan pengembangan servis klinikal di hospital tersebut, di sini.

Majlis yang dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim itu turut menyaksikan perkenalan rawatan Stereotaktik Radiosurgeri (SRS) di hospital itu.

Sementara itu, Ismail berkata servis penjagaan kesihatan merupakan salah satu sektor yang dipromosikan dalam usaha untuk mempercepatkan rantau ekonomi yang strategik ini, untuk menyampaikan kehidupan yang holistik di kalangan komuniti.

Katanya sehingga hari ini, sebanyak RM4.1 bilion pelaburan kumulatif telah direkodkan dari tahun 2006 hingga September lalu bagi sektor penjagaan kesihatan di rantau ini.

“Iskandar Malaysia telah pun menjadi tuan rumah kepada 10 hospital persendirian dimana pada tahun lalu, lebih 56,000 pelancong telah melawat Johor bagi tujuan perubatan,” katanya.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top