BM | EN | 中文

Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri sambut Tahun Baharu Cina bersama komuniti

IMG-20200207-WA0026.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 8 FEB: Seramai lebih 300 penduduk tempatan dirai Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Pengurus Besar hospital itu, Dr Ding Eng Li berkata, program itu bertujuan untuk meraikan rakan kerjasama pihak, klien serta pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

“Individu ini telah berada bersama kami sejak hospital ini memulakan operasinya dan sempena Tahun Baharu Cina ini, kami berharap semua pihak akan mendapat apa yang dihajati mereka,” katanya.

Advertisement

Dalam program tersebut, turut diadakan upacara yee sang yang dihadiri Pengurus Besar Hospital Columbia Asia Wilayah Selatan, Rahani Yaacob.

Tambah Eng Li, pihaknya akan terus memberi perkhidmatan perubatan yang efektif, efisien dan dalam persekitaran yang terbaik.

“Ini termasuklah memastikan komuniti setempat mendapat penjagaan kesihatan terbaik dan menjadikan hospital ini sebagai pilihan utama mereka,” ujarnya.

Advertisement

Selain menerima pesakit daripada rakyat tempatan, hospital itu turut menjadi pilihan pesakit dari Singapura, Indonesia, China, India dan beberapa negara Timur Tengah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top