BM | EN | 中文

Hormati pilihan rakyat Sabah – Mazlan Aliman

mazlan-aliman.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 28 SEPT: Semua pihak di negara ini diharap berhenti menuding jari kepada rakyat Sabah selepas keputusan Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir 26 September lalu.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Datuk Mazlan Aliman berkata, Parti Warisan hanya sempat memerintah di Sabah dalam waktu yang singkat dan belum cukup tempoh untuk membuktikan serta membantu rakyat di sana.

Sebaliknya kata Mazlan, kerajaan Perikatan Nasional melalui pengumuman dan pengagihan peruntukan serta bantuan telah melegakan rakyat di negeri itu.

Advertisement

“Penduduk di Sabah cukup yang miskin dan sesetengah pemimpin hidup mewah serta tokoh-tokoh korporat mengelilingi mereka untuk dapatkan tanah, kawasan balak dan projek.

“Pilihanraya ini ibarat pesta bagi rakyat Sabah. Sebelum penamaan calon lagi mereka ini disantuni dan mendapat upah dengan apa jua aktiviti. Pokoknya dapur mereka berasap.

“Bagi mereka pilihanraya setiap tahun lagi baik, sebabnya lepas pilihanraya calon dan parti yang menang akan mengabaikan mereka dan hidup mereka akan kekal merempat. Inilah realiti sejak sekian lama.

Advertisement

“Ujian dari Covid-19 menambah derita rakyat serta hidup mereka tertekan, murung dan mengharungi hari-hari yang sangat sukar,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut menyatakan bahawa keadaan di Sabah boleh dikatakan sama seperti di Sarawak.

Tambahnya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pasti akan memaksimakan isu Covid-19 ini sebagai alasan untuk menyalurkan segala bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Advertisement

“Pengajarannya, jangan salahkan rakyat jika pun betul mereka pilih parti yang boleh beri habuan. Bagi mereka itulah hak yang dinafikan puluhan tahun lamanya.

“Adakah rakyat tidak berintergriti dan berprinsip? Jawapannya mereka hidup dalam ruang ekonomi yang terbatas, peluang pekerjaan tidak banyak, nak dapatkan tanah sekangkang kera buat bercucuk tanam pun payah, macam-macam birokrasinya,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top