BM | EN | 中文

HKT cari waris mayat lelaki berstatus penduduk tetap

selamat-binparto.jpg

HKT sedang mengesan waris Selamat Parto, 57

Advertisement

KOTA TINGGI, 12 FEB : Hospital Kota Tinggi (HKT) mencari waris mayat seorang lelaki berstatus penduduk tetap yang meninggal dunia pada hujung bulan lalu di hospital berkenaan.

Jurucakap HKT berkata, lelaki dikenali sebagai Selamat Parto, 57 meninggal di wad HKT pada 26 Januari 2020 jam 7.40 pagi.

Katanya, alamat terakhir lelaki berkenaan dikesan di Jalan Kampung Paya Off Kampung Tengah, Kluang.

Advertisement

“Sebab kematian lelaki tersebut akibat septic shock secondary to pneumonia iaitu jangkitan kuman pada paru paru dan meninggal di wad HKT.

“Lelaki berkenaan merupakan kes yang dipindahkan. Pada awalnya dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) kemudian dipindahkan ke HKT sebelum meninggal dunia,”katanya dalam satu kenyataan.

Waris mangsa boleh menghubungi Penolong Pegawai Perubatan U32 (KUP) Suwardi Ab Rajab di talian 07-8831131 sambungan 226 bagi sebarang maklumat lanjut dan urusan menuntut mayat.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top