BM | EN | 中文

Hizbut Tahrir dilarang edar risalah, ceramah kepada orang awam di Johor

hizbut-tahrir-malaysia.png

Gambar Hiasan

Advertisement

KULAI, 28 MAC: Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) tidak dibenarkan sama sekali melakukan sebarang kegiatan seperti menyebarkan risalah mahupun ceramah secara terbuka kepada orang awam di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata hal ini kerana fahaman HTM sudah difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor kerana bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Sebarang kegiatan (HTM) menyebarkan dokumen atau risalah serta mengadakan ceramah dan kempen secara terbuka di tempat awam adalah tidak dibenarkan sama sekali oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Advertisement

“JAINJ juga tidak akan berdiam diri dan akan menentang habis-habisan segala kegiatan HTM,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, Tosrin hadir ke Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Daerah Kulai, di Kampung Sri Gunung Sri Pulai, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Facebook rasmi HTM yang didapati memuat naik video aktiviti menyebarkan risalah kepada orang awam di negeri ini.

Advertisement

Tosrin berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kegiatan itu.

“Setakat ini tiada laporan diterima, tetapi tindakan akan diambil.

“Bahagian Penguatkuasa JAINJ akan ambil tindakan dan mengenal pasti mana-mana tempat yang mereka edar risalah atau buat ceramah dan sebagainya sebelum dibawa kepada Bahagian Pendakwaan,” katanya.

Advertisement

Tahun lepas, JAINJ dilaporkan telah mengeluarkan surat saman kepada HTM bagi menuntut keterangan daripada kumpulan fahaman itu.

Untuk rekod, kerajaan negeri sebelum ini dilaporkan tidak bertolak ansur dengan pendukung fahaman HTM berikutan ia sudah difatwakan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak 2019.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top