BM | EN | 中文

Hishammuddin gelar China ‘abang besar’, kenapa pemimpin UMNO dan PAS diam?

lim-lip-eng.jpg

Gambar Ehsan thetruenet.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 APR: Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, tidak ada pemimpin UMNO atau PAS yang mempersoalkan tindakan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merujuk negara China sebagai ‘abang besar’

Lip Eng berkata, sebaliknya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sering diserang pimpinan UMNO dan PAS dengan gelaran seperti pembela dan penyanjung komunis ketika menjalinkan kerjasama dengan kerajaan China walaupun atas kapasiti diplomatik.

“Apakah dasar menentang komunis yang diperjuangkan mereka selama ini hanya wayang semata-mata?

Advertisement

“Sekiranya kenyataan sebegini dikeluarkan oleh mana-mana menteri DAP seperti Anthony Loke atau Lim Guan Eng sewaktu PH memerintah, semestinya perbuatan mereka itu diselar dengan hebat.

“Pastinya akan wujudnya usaha oleh pihak tertentu untuk melucutkan kewarganegaraan mereka dan kemungkinan kedudukan DAP sebuah parti politik berdaftar di Malaysia akan disiasat.

“Lebih teruk, dibatalkan begitu sahaja kerana kononnya terdapat unsur-unsur komunis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambah Lip Eng, walaupun Hishammuddin telah menerangkan di laman twitternya bahawa gelaran itu ditujukan secara peribadi kepada Menteri Luar China, Wang Yi, gelaran itu tidak wajar digunakan semasa majlis diplomatik rasmi yang direkod di hadapan media dunia.

“Jikalau Hishammuddin menggunakan duit poketnya untuk membawa rombongannya melawat China, saya tiada masalah.

“Panggil apa sahaja yang beliau mahu kerana beliau mempunyai atas hak ke atas duitnya.

Advertisement

“Tetapi lawatannya itu dibiayai oleh kerajaan, beliau perlu mengikut protokol diplomasi yang ditetapkan,” tegas Lip Eng.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top