BM | EN | 中文

Hisap vape dalam parlimen: Hisham minta maaf, akan bayar denda

hishamuddin-vape-parlimen.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Ahli parlimen Sembrong, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau akan membayar denda yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas mengaku salah menghisap vape semasa persidangan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Video beliau menghisap vape semasa sidang parlimen tular di media sosial, semalam

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan denda, saya akan bayar.

Advertisement

“Berhubung isu membabitkan saya hari ini (semalam), saya mengaku ia memang kesalahan saya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada Dewan yang mulia serta seluruh rakyat Malaysia.

“Saya janji tidak akan ulangi kesalahan ini. Saya juga tetap berpendirian bahawa tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, warganet dengan nama Mhd Shamin berkongsi klip video 9 saat di Twitter menunjukkan Hishamuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berlangsung.

Advertisement

“Adoiii buat hal betul laa,” kata Mhd Shamin dalam kirimannya.

Beliau turut berkongsi video tersebut kepada bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad sambil menulis: “Dr Dzul tengok ini ada orang hisap vape dalam dewan”.

Berikutan itu, Hishamuddin yang juga Menteri Luar meminta maaf atas perbuatan itu.

Advertisement

“Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru.

“Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi,” tulis Hishamuddin di Twitter petang semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top