BM | EN | 中文

Himpunan Parit Raja: Rakyat guna hak bersuara tatkala parlimen dan DUN digantung – AMK Johor

amk-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 MEI: Dalam situasi rakyat yang begitu tertekan mutakhir ini, kerajaan wajar mengambil pendekatan lebih lunak dengan mendengar luahan dan aduan yang ingin disampaikan.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan tidak usah terlalu cepat mengambil tindakan kepada rakyat tatkala amalan dua darjat masih berlaku dan gagal ditangani.

“Luahan kekecewaan, kemarahan serta rasa tidak puas hati rakyat juga boleh dilihat di media sosial dan siri demonstrasi yang telah diadakan di hadapan parlimen dan beberapa lokasi lain termasuklah di Johor Bahru pada Mac lalu.

Advertisement

“Maka amat tidak wajar rakyat yang menggunakan hak mereka sepertimana terkandung dalam perlembagaan terus ditekan, diugut mahupun didakwa dengan pelbagai pertuduhan.

“Suara mereka yang sepatutnya disalurkan melalui ahli parlimen dan Adun gagal diterjemahkan melalui saluran yang sepatutnya lantaran penggantungan sidang parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan Omar Mokhtar, Ketua Penerangan AMK Johor dan Muhammad Faezuddin, Exco AMK Johor.

Advertisement

Tambahnyatindakan sekumpulan anak muda di Parit Raja, Batu Pahat menunjukkan rasa protes dan mengangkat kain rentang ‘Kerajaan Gagal’ perlu dilihat dalam kerangka Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bercakap dan berhimpun.

“Ini merupakan isyarat jelas kekecewaan dan kemarahan rakyat terutama anak muda terhadap kerajaan yang jelas gagal menangani pelbagai isu seperti kos sara hidup, pengangguran, perniagaan yang terjejas teruk, peningkatan jangkitan wabak COVID19, undang-undang dan peraturan dua darjat, pendidikan yang cacamarba,” katanya lagi.

Tambah kenyataan itu lagi, kerajaan Perikatan Nasional diingatkan agar tidak angkuh ketika berdepan dengan rakyat terutama anak muda.
“Janganlah kerana ingin menutup kegagalan dalam pemerintahan, ruang untuk rakyat bersuara ditutup dan disekat,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top