BM | EN | 中文

Himpunan Mahkota pemangkin semangat Amanah Johor

Mohamad-Sabu-Amanah-Himpunan-Mahkota-Kluang.jpg

Presiden Amanah, Mohamad Sabu (kanan) berucap di 'Himpunan Mahkota' yang mengimpunkan ahli-ahli Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor

Advertisement

KLUANG, 6 JUL: Kehadiran Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dalam pertemuan ‘Himpunan Mahkota’ di daerah ini dilihat sebagai pemangkin semangat kepada anggota parti itu di negeri Johor.

Pengerusi Parti Amanah (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berkata antara perkara yang dibincangkan antaranya soal gerak kerja berhadapan dengan sebarang kemungkinan politik yang mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Pengerusi Parti Amanah Negara Johor, YB Aminolhuda Hassan

Selain itu katanya, perbincangan dua hala antara kepimpinan Amanah pusat dan Johor turut diadakan bagi mencari jalan pengukuhan parti di semua peringkat.

Advertisement

“Kita sangat berpuas hati dengan taklimat yang diberikan oleh rombongan dari (Amanah) pusat serta Presiden dan ia juga taklimat yang memberi semangat kepada ahli-ahli untuk terus berkerja di semua peringkat.

“Selain itu pengukuhan parti ia juga merangkumi pengukuhan Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri Johor untuk terus bersama dalam memastikan kesinambungan mandat rakyat itu diperolehi secepat mungkin.

“Kita juga mengharapkan pengkhianatan kumpulan yang meneraju kerajaan hari ini akan dinilai serta dilihat oleh rakyat.

Advertisement

“Kita juga mahu mempamerkan kepada rakyat kebaikan yang telah dilakukan oleh PH sewaktu menerajui kerajaan sebelum ini,” katanya.

‘Himpunan Mahkota’ diambil bersempena Dewan Undangan Negeri Mahkota yang merupakan kawasan diwakili oleh Adun dari parti Amanah, Muhamad Said Jonit.

Mengulas lanjut perkara itu, Timbalan Ketua Kawasan AMANAH Kluang, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata pihaknya berbesar hati menerima kunjungan dari Presiden negeri dan kawasan.

Advertisement

Katanya, kehadiran Presiden telah banyak memberikan semangat kepada ahli-ahli serta jentera parti untuk terus berkhidmat bersama Amanah.

Mohd Zuhan

“Kita (Amanah Kluang) telah bersedia sekiranya ada pilihanraya secara mengejut dan dalam pada masa yang sama penerangan berkenaan mandat rakyat terus dijalankan.

“Amanah sebelum ini mempunyai rekod yang baik dalam pentadbiran kerajaan sekaligus menjadi pemangkin kepercayaan kepada rakyat untuk terus bersama.

Advertisement

“Selain itu juga, Amanah turut dibarisi dengan ahli parlimen, Adun, pemimpin dan ahli yang setia serta mempunyai jatidiri yang kental dalam berhadapan dengan apa jua situasi,” katanya lagi.

Kunjungan Presiden Amanah disambut meriah dengan kehadiran 250 pimpinan di semua peringkat kawasan dan cawangan di Johor bagi mendengar sendiri taklimat dari kepimpinan Amanah peringkat nasional.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top