BM | EN | 中文

Hilang wibawa, hilang majoriti, tiba masa Muhyiddin letak jawatan

Dr-Zuhan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 JAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan untuk meletakkan jawatan beliau sebagai Perdna Menteri.

Menurut Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata pengumuman darurat semalam menggambarkan kerajaan yang dipimpin Muhyiddin gagal membendung wabak Covid 19 di negara ini.

“Jika dilihat Muhyiddin yang mengisytiharkan darurat membawa maksud kerajaannya gagal dalam menangani penularan pandemik ini.

Advertisement

“Peningkatan angka terbaru semalam sebanyak 3,309 kes baharu membuatkan rakyat semakin panik dan hilang kepercayaan kepada kewibawaan kerajaan hari ini.

“Tindakan kerajaan yang menetapkan SOP secara berubah-ubah turut menjadi pertikaian. Inilah punca utama untuk beliau perlu melepaskan jawatannya,” katanya.

Tambah Dr Zuhan selain kegagalan kerajaan pimpinan Muhyiddin menangani penularan wabak Covid 19, beliau sudah kehilangan majoriti sokongan sebagai kerajaan.

Advertisement

“Dengan pengumuman ahli parlimen Padang Rengas semalam yang mengumumkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin mengesahkan beliau telah hilang sokongan.

“Secara asasnya beliau telah hilang majoriti dalam membentuk kerajaan. Namun beliau mengisytiharkan darurat untuk menghalang tindakan politik yang kebarangkalian besar berubah dan menyebabkan beliau disingkir.

“Namun tindakan Muhyiddin itu akan mendatangkan permasalahan bukan sahaja dari sisi demokrasi tetapi yang paling menyedihkan ia akan terus membebankan serta menyusahkan rakyat,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top