BM | EN | 中文

Hijrah Selangor jangka 3,000 usahawan terima biaya Go Digital

rodziah-ismail-exco-Selangor-1.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 13 JAN: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menyasarkan 3,000 usahawan mendapat manfaat melalui skim pembiayaan Go Digital antara RM1,000 hingga RM50,000 tahun ini.

Pemangku ketua pegawai eksekutifnya berkata pinjaman pembelian alat telekomunikasi seperti gajet dan tablet selaras matlamat melahirkan lebih ramai usahawan digital di negeri ini.

“Skim pinjaman ditawarkan bukan memfokuskan usahawan sedia ada malah juga kepada peniaga di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Komuniti Belia Selangor (SAY).

Advertisement

“Kita akan cuba dapatkan sistem penjualan dan inventori melalui perkakas telekomunikasi bagi memudahkan pemantauan serta melihat peningkatan jualan,” kata Normaiza Yahya pada sidang media selepas sesi pembentangan hala tuju pembangunan usahawan 2021 Hotel De’ Palma di sini semalam diketuai Exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail di Hotel De’ Palma di sini semalam.

Terdahulu, Normaiza dilaporkan SelangorKini sebagai berkata, pihaknya akan memastikan produk usahawan mampu dipasarkan secara dalam talian melalui platform Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH).

“Latihan akan diberikan kepada usahawan terlibat supaya mereka memiliki pengetahuan dalam aspek teknologi maklumat (IT) selain mengadakan Jelajah Usahawan Digital dengan kerjasama Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Selangor (Sitec),” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top