BM | EN | 中文

Hijrah Selangor guna data PBT bantu usahawan terima manfaat

rodziah-ismail-exco-Selangor-1.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 25 FEB: Hijrah Selangor (Hijrah) akan mendapatkan data usahawan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini sebagai usaha membantu peniaga menerima manfaat skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan Go Digital.

Exco Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata langkah berkenaan mampu melahirkan lebih ramai peniaga sekali gus merancakkan sektor ekonomi.

“Kita akan turun padang dan uar-uarkan perkara ini. Selain bantuan modal, masyarakat perlu tahu mereka akan dibantu dari segi kemahiran serta asas perniagaan dalam talian.

Advertisement

“Setakat ini hampir 1,000 permohonan diterima untuk kedua-dua skim. Pemohon yang layak akan terima bantuan dalam tempoh seminggu,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada program Back To School DUN Batu Tiga, Selasa lalu.

Menerusi Belanjawan Selangor 2021, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan skim NaDI dengan jumlah peruntukan awalan sebanyak RM10 juta yang bakal membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000.

Advertisement

Skim tersebut menyasarkan 3,000 penerima untuk terus berniaga menggunakan lesen penjaja sementara daripada PBT manakala skim Go Digital menyasarkan 3,000 usahawan sedia ada menerusi pinjaman pembelian alat telekomunikasi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top