BM | EN | 中文

HIJRAH PUPUK NILAI KASIH SAYANG – MB JOHOR

MAAL-HIJRAH-1441-MB-JOHOR.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 SEPT: Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menyeru warga Johor khususnya umat Islam untuk menghayati dan menyelusuri pengertian dan pengorbanan hijrah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1441 hari ini Sahruddin berkata, agama Islam memupuk kasih sayang dan semangat saling hormat-menghormati.

“Islam adalah agama rahmah mengajak manusia saling berkasih sayang, hormat menghormati dan saling memaafkan.

Advertisement

“Marilah kita bersama-sama menghayati dan menyelusuri pengertian dan pengorbanan hijrah seperti mana Rasulullah S.A.W. dan para sahabat.

“Hijrah baginda dan para sahabat penuh dengan liku-liku ujian dari Allah S.W.T, tetapi baginda dan sahabat tetap istiqamah di dalam hijrah,” kenyataan Sahruddin dipetik dari laman facebook rasmi beliau.

“Negara Rahmah Ummah Sejahtera” dipilih sebagai tema sambutan, bertepatan dengan Islam yang merupakan agama rahmah, mengajak manusia untuk saling hormat menghormati, berkasih sayang, bertoleransi, saling memaafkan dan bersifat belas kasihan.

Advertisement

Kasih sayang yang dianjurkan oleh Islam dapat dilihat melalui konsep rahmah seperti ditekankan dalam al-Quran dan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin yang dibawa oleh Rasulullah SAW merangkumi segenap aspek kehidupan termasuk sikap adil, berkasih sayang, bertolak ansur, bersangka baik, berlemah lembut, perdamaian dan harmoni.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top