BM | EN | 中文

Hentikan kritikan kepada PM, contohi Johor

Screenshot_20200107-1847522.png

Mohd Solihan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 MAC: Pemimpin parti-parti politik perlu menghentikan tuntutan dan kritikan terhadap pembentukan barisan kabinet oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor, Mohd Solihan Badri berkata, sebaliknya mereka perlu memberi peluang kepada kerajaan untuk menumpukan perhatian menguruskan negara.

Beliau turut mencadangkan untuk mencontohi parti-parti politik di Johor yang berjaya menubuhkan kerajaan, selepas kemelut politik yang melanda negara semenjak hujung Februari lalu.

Advertisement

“Walaupun Bersatu kehilangan jawatan Menteri Besar, barisan Exco yang terdiri dari pelbagai kaum menerima pelantikan mereka dengan penuh kesedaran bahawa semua itu adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan jujur, amanah dan ikhlas.

“Pemimpin politik seharusnya memberi penjelasan kepada ahli masing-masing mengenai kepentingan negara yang perlu diutamakan, bukan mengelirukan mereka dengan tuntutan, dakwaan malah ugutan kepada Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Solihan yang juga ADUN Tenang berkata, semua pihak perlu menunjukkan kematangan terutama ketika negara berdepan masalah akibat penularan wabak Coronavirus (Covid-19) yang memberi kesan kepada sektor ekonomi dan kebajikan kepada rakyat.

Advertisement

“Dalam keadaan yang sukar ini, setiap pihak harus memberi sokongan kepada kerajaan, bukan terus memberi tekanan dan menyuarakan tuntutan kepada Perdana Menteri atas apa yang kononnya dilihat berlaku ketidakadilan dalam pembahagian jawatan menteri dan timbalan menteri.

“Ketepikan perbezaan dan perasaan tidak puas hati kerana rakyat memerhati gelagat pemimpin yang dilihat seolah-olah berebut jawatan dan laba dalam pembentukan kerajaan yang bertujuan mencapai kestabilan politik dan ekonomi,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top