BM | EN | 中文

HENTIKAN ISU ABU CHIN PENG, BAWA ISU RAKYAT

Yee-How-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 DIS : Adun Perling, Cheo Yee How mengajak semua pihak termasuk pemimpin untuk menghentikan berkenaan isu abu mayat Chin Peng, sebaliknya berusaha membawa suara rakyat.

Katanya, ini adalah suatu publisiti yang sengaja diwujudkan bagi mengelak pelbagai permasalahan yang berlaku membabitkan pemimpin pembangkang.

“Sekiranya pelbagai pihak terperangkap dengan isu ini, pelbagai permasalahan yang seharusnya menjadi fokus kerajaan akan tertinggal.

Advertisement

“Oleh itu, usaha untuk menyelamatkan rakyat dari pelbagai masalah seperti kos sara hidup serta sebagainya akan terbiar.

“Saya menyeru agar semua pihak termasuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk fokus isu yang berlaku sekarang dan berusaha untuk perkara yang akan datang,” katanya ketika mengulas isu tersebut.

Tambahnya lagi, masalah yang lebih besar adalah isu kesempitan hidup rakyat serta peluang yang harus diberikan pada rakyat bukan berbanding isu remeh seperti abu mayat Chin Peng.

Advertisement

“Sekiranya kita terus membincangkan isu ini, kita tidak akan dapat apa-apa hasil yang produktif malah segala tindakan lanjutan dari pihak kerajaan untuk membangunkan rakyat akan terbantut dan tidak sampai kepada sasaran membantu rakyat,” katanya lagi.

Justeru, beliau berharap perkara yang berlaku sebelum ini harus diambil iktibar supaya ianya tidak berulang lagi di negara ini.

“Pandangan saya, abu seseorang yang meninggal dunia enam tahun yang lalu tidak akan mengganggu ketenteraman awam, jadi perkara ini tidak munasabah.

Advertisement

“Segala perjanjian damai telah pun dilakukan sepertimana Perjanjian Damai Hatyai, maka ia bukan lagi suatu yang perlu ditakuti oleh semua masyarakat dan hari ini kita hidup dengan harmoni di negara ini.

“Apa yang penting sekarang pembangunan rakyat perlu diteruskan dan hentikan segera isu berkenaan dengan abu ini.

“Ternyata ada pihak yang mengambil kesempatan di atas isu ini untuk meraih publisiti serta populariti darinya,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top