BM | EN | 中文

‘Hentikan import sisa sampah dari luar negara’

Rozita-Abdul.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 APR: Kerajaan perlu menghentikan kebenaran mengimport sisa sampah dari luar negara ke dalam negara ini, kata Pengerusi Biro Alam Sekitar dan Kelestarian (ASK) Parti Amanah Johor, Rozita Abdul.

Beliau bekata, tindakan kerajaan membenarkan kemasukan sisa plastik dari Los Angeles itu sebagai tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.

“Hentikan segera proses import sampah dari luar kerana sampah yang sedia ada dalam negara pun masih tidak terurus dengan baik.

Advertisement

“Soal kenyataan dari menteri terbabit, memanglah suatu yang tidak bertanggungjawab kerana ia seperti melepaskan tangan dari kelemahan yang berlaku ke atas pentadbiran beliau.

“Kesedaran berkenaan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di kalangan kabinet negara hari ini amat lemah sehingga sanggup melakukan kerosakkan yang seterusnya,” katanya.

Katanya lagi, kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, 2 April lalu dilihat tidak bertanggungjawab.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Rozita turut mencadangkan agar kerajaan membentangkan prosedur berkenaan pelupusan sampah sebanyak dua kontena yang dikesan di Pelabuhan Klang itu.

Tambahnya kerajaan juga perlu memaklumkan keseluruhan kuantiti sampah yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

“Apakah cara atau langkah yang akan diambil kerajaan untuk melupuskan sampah berkenaan? Perkara itu perlu dibentangkan kepada umum bukan soal sampah bersih atau sebaliknya.

Advertisement

“Kerajaan juga perlu menyenaraikan jenis serta kuantiti sampah yang bakal diterima negara dari negara luar itu.

“Perkara ini serius dan kerajaan tidak seharusnya lepas tangan dalam menangani hal tersebut kerana kita boleh lihat bagaimana kesan pencemaran alam sekitar yang berlaku dalam negara ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top