BM | EN | 中文

Henti salahkan rakyat, ‘double standard’ antara punca gagal tangani Covid-19

Mohd-Faizul-Mohd-Salleh.jpg

Mohd Faizul Mohd Salleh

Advertisement

MUAR, 13 JAN: Kerajaan perlu berhenti dari menyalahkan rakyat susulan peningkatan angka Covid-19 yang berlaku di negara, kata Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Faizul Salleh.

Katanya, sikap sambil lewa dan tidak mengambil berat pelaksanaan SOP terutamanya oleh pemimpin pemimpin kerajaan merupakan salah satu punca utama penularan wabak Covid-19.

“Sikap ‘double standard’ yang diamalkan adalah punca kegagalan mereka dalam menangani Covid di negara ini.

Advertisement

“Sebagai contoh terdapat menteri yang didapati positif Covid namun boleh berurusan dengan orang awam sehingga ia membawa kepada perebakan pandemik tersebut.

“Sebelum ini kita Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama Islam didapati postifi Covid dan beliau telah berurusan dengan orang awam sehingga angka meningkat,” ujarnya.

Beliau turut menemplak tindakan kerajaan yang tidak menekankan soal keselamatan jemaah kabinet sehingga mereka hari ini menjadi pembawa wabak.

Advertisement

Tambahnya, tindakan itu menyebabkan rakyat juga turut tidak menghormati SOP ditetapkan.

“Mengapa setiap kali urusan menteri tidak dikawal sehingga mereka didapati positif dan ketika itu mereka telah banyak berurusan dengan orang-orang awam.

“Tindakan itu menjadi ikutan rakyat sehingga kerajaan Muhyiddin tidak dapat membendung perkara tersebut.

Advertisement

“Akhirnya rakyat disusahkan dengan pengumuman pelbagai perintah sehingga membantutkan pemulihan ekonomi mereka,” ujarnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top