BM | EN | 中文

Hati-hati, ular masuk kotak elektrik rumah

ular-1-01-scaled.jpg

Anggota bomba berusaha menangkap ular di kotak elektrik

Advertisement

SEGAMAT, 3 FEB: Balai Bomba dan Penyelamat Segamat menasihatkan orang ramai membersihkan pokok dan dahan sekitar rumah serta menutup ruangan pintu dan tingkap bagi mengelakkan ular merayap masuk ke rumah kediaman dengan mudah.

Nasihat ini susulan dari operasi penangkapan ular yang dijumpai dalam kotak elektrik sebuah rumah di Kampung Gelang Chincin, di sini petang tadi.

Menurut Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Husnodin Ahmad, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.40 petang mengenai seekor ular daun sepanjang 0.5 meter.

Advertisement

“Operasi menangkap ular selesai kira-kira jam 2.15 petang.

“Ular yang ditangkap kemudiannya dilepaskan di hutan yang jauh dari kawasan kependudukan,” katanya.

Disamping membersihkan persekitaran rumah, beliau turut dinasihatkan untuk mengemas atau membuang barang-barang lama sekiranya tidak digunakan agar risiko untuk didatangi haiwan berbisa dapat dikurangkan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top