BM | EN | 中文

HATI AZHAN REMUK KENANG NASIB UTUSAN

7n_azhanranikembali00.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OGOS – Hati pelakon Azhan Rani tersentuh apabila mendapat khabar Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bakal menutup operasinya dalam masa terdekat.

Pertama kali mendapat liputan pada tahun 1994, Azhan mengakui akhbar tertua di Malaysia ini banyak membantu kerjaya seninya dan turut merayu mana-mana pihak yang membantu penyelamatkan syarikat tersebut.

“Aku hanya orang kecil, selain kata semangat dan simpati apa lagi yang boleh aku buat. Berita Utusan dan Kosmo akan berkubur ni buat hati aku remuk,” luahnya.

Advertisement

“Tak ada ke tangan dan kuasa yang mampu membantu Utusan agar terus menjadi saingan akhbar perdana di Negara ini. Aku masih mengharapkan sesuatu yang ajaib dapat menyelamatkan Utusan Malaysia agar terus kekal relevan merentasi zaman”.

“Terlalu banyak jasamu Utusan bukan saja untuk perjalanan seni tapi perjalanan Malaysia ini. Ya, usia Utusan sendiri lebih dari usia kemerdekaan negara in,” coret beliau dalam satu hantaran di Instagram.

Sebelum ini, syarikat akhbar tersebut dilaporkan berhadapan dengan masalah kegagalan membayar gaji pekerja hampir tiga bulan menyebabkan ada di antara mereka tidak dapat menampung kehidupan harian.

Advertisement

 

Sumber: mStar

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top