BM | EN | 中文

HASRAT DR FARID BINA DEWAN SK BATU 24 PEKAN NENAS TERCAPAI – MASZLEE

IMG-20191111-WA0008.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 11 NOV: Hasrat Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik untuk merealisasikan pembinaan Dewan Terbuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 24, Pekan Nanas akhirnya tercapai, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik

Menurutnya, Dr Md Farid merupakan seorang yang sering menekankan kepada kepentingan pendidikan, dan inisatif tersebut telah dimulakan Allahyarham semenjak memegang jawatan sebagai ahli parlimen Tanjung Piai pada 2018.

Advertisement

“Kita dapat menyampaikan hasrat beliau. Inisiatif ini digerakkan oleh beliau sendiri untuk kegunaan dan manfaat warga sekolah dan juga komuniti setempat.

“Kita tahu bila ada dewan terbuka, sekolah boleh gunakan, komuniti setempat juga boleh gunakan.

“Dia (Allahyarham) minta banyak. Tapi kita cuba laksanakan sedikit demi sedikit. Antara janji saya, sebelum hujung tahun.

Advertisement

“Tapi sayangnya… (dia sudah tiada). Kita berdoa agar ia menjadi amal jariah (Allahyarham),” kata Maszlee kepada wartawan selepas majlis pecah tanah bagi pembinaan Dewan Terbuka SK Batu 24, Pekan Nanas disini, hari ini.

SK Batu 24, Pekan Nanas merupakan salah satu dari enam projek bagi pembinaan dewan terbuka di sekolah-sekolah dalam kawasan parlimen Tanjung Piai.

Sekolah lain yang turut menerima manfaat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kukup, SK Andek Mori, SK Jeram Batu, SK Pengkalan Raja dan SK Parit Haji Adnan yang kesemuanya menelan belanja kira-kira RM3 juta melalui peruntukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Advertisement

Projek pembinaan Dewan Terbuka SK Batu 24, Pekan Nanas itu dijangka siap pada April 2020.

Tambahnya, melalui pembinaan dewan terbuka ia boleh digunakan bagi program majlis rasmi sekolah, pembelajaran luar bilik darjah, pertandingan sukan dan aktiviti kokurikulum.

Dalam pada itu kata Maszlee, pihak swasta turut dialu-alukan untuk menyumbang bagi pembinaan infrastruktur pendidikan yang akan mendapat manfaat melalui insentif pelepasan cukai.

Advertisement

“Bagi ahli parlimen mereka boleh gunakan peruntukan ICU. Kepada pihak swasta, mereka juga boleh menyumbang dan mendapat insentif pelepasan cukai.,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top