BM | EN | 中文

Hasni yang enggan terima salam perbincangan dari PH Johor

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong-1.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 JUN: Seandainya MB Johor Datuk Hasni Mohammad serius mahu bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk mentadbir negeri, beliau sekurang-kurangnya patut membalas kiriman salam perbincangan dari Ketua Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hassan.

Menurut kenyataan itu, Pakatan Harapan (PH) Johor melalui Aminolhuda telah beberapa kali menghubunginya untuk berbincang mengenai hal ehwal kepentingan awam, namun tidak mendapat maklum balas.

“PH Johor mengambil maklum kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad yang menyeru pemimpin politik dari parti kerajaan dan pembangkang agar sama-sama berganding bahu membangunkan negeri.

Advertisement

“Seandainya Hasni benar-benar serius mahu bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk mentadbir negeri, beliau sekurang-kurangnya patut
membalas mesej-mesej Ketua Pembangkang DUN Johor Aminolhuda Hassa,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan pengerusi tiga parti PH Johor iaitu Aminolhuda Hassan, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah). Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) dan Liew Chin Tong, (Pengerusi DAP Johor).

Tambahnya, PH Johor telah secara terbuka mengajak Hasni untuk bertemu dan berbincang tentang isu-isu negeri, namun jemputan itu tidak pernah beliau endahkan.

Advertisement

“Justeru, apabila Hasni kini tiba-tiba menghulurkan tangan mengajak semua pemimpin politik negeri Johor untuk berhenti berbalah dan bekerjasama membangunkan negeri; kami kira ini adalah sesuatu yang tidak jujur kerana beliau sendiri enggan menerima salam perbincangan sejak hari pertama menjawat jawatan Menteri Besar,” kenyataan tersebut dipetik.

Terdahulu pagi ini Hasni berkata, walaupun terdapat perbezaan pendapat namun jika berlandaskan matlamat yang baik untuk membantu serta menjaga kepentingan rakyat dan negeri, ia mampu menzahirkan hasil yang baik dan memberi manfaat.

Katanya, perbezaan pendapat atau pandangan adalah lumrah, apatah lagi dengan wujudnya pelbagai parti-parti politik yang mewakili rakyat di seluruh negeri Johor.

Advertisement

Beliau berkata, semua pemimpin sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkang perlu berganding bahu bersama-sama membantu membangun serta memulihkan semula ekonomi negeri Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top