BM | EN | 中文

Hasni gagal tadbir Johor

Hasni-Mohammad-MB-Johor-yang-gagal.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

BATU PAHAT, 22 OKT: Pentadbiran Johor diterajui Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad boleh dikatakan sebagai gagal berikutan terdapat beberapa dasar kerajaan yang tidak praktikal.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Serudin Soud berkata, antaranya program berkaitan anak muda yang tidak diberi tumpuan secara serius oleh kerajaan negeri.

Selain itu, Hasni turut gagal menyelesaikan masalah pekerja Malaysia di Singapura yang masih tidak ada penjelasan dan gerak kerja secara tuntas.

Advertisement

“Kebanyakan yang dikatakan Hasni seperti ‘melepaskan batuk di tangga’. Tidak ada usaha secara serius.

“Masalah anak muda hilang perkerjaan, kerajaan tidak berusaha lebih untuk memperbaiki keadaan.

“Sepatutnya kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan dari pelbagai pihak yang mahukan pembabitan sektor swasta secara usahasama dengan kerajaan untuk mendapatkan tenaga kerja dari kalangan anak muda,” kata Serudin ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau berkata, kegagalan menyelesaikan masalah dihadapi rakyat Johor bukan sahaja pada pihak Hasni, malah seluruh barisan Exco Johor.

“Sehingga kini exco-exco yang dilantik seperti tidak memberikan perhatian kepada apa yang berlaku di negeri ini. Yang ada hanya sekadar pengumuman tanpa sebarang gerak kerja serius.

“Mungkin terdapat boikot dan perpecahan menyebabkan mereka tidak dapat mentadbir negeri ini dengan baik, atau lebih tepat lagi gagal mentadbir.

Advertisement

“Saya berharap dalam Belanjawan akan datang kerajaan khususnya Hasni boleh memberi tumpuan kepada program-progran pengambilan kerja di kalangan rakyat yang hilang punca pendapatan khususnya golongan anak muda,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top