BM | EN | 中文

Harimau tular di Jalan Jemaluang bukan harimau sama di Kluang

harimau-jalan-jemaluang-tenggaroh.png
Advertisement

MERSING, 30 OKT: Harimau belang yang dilaporkan ditemui orang awam di Jalan Jemaluang di sini Rabu lepas dipercayai bukan harimau sama seperti yang ditemui di Hutan Simpan Lenggor, Kluang, minggu lepas.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminuddin Jamin berkata ini kerana, berdasarkan siasatan, lokasi kedua-dua haiwan itu ditemui adalah pada jarak yang agak jauh.

“Bagaimanapun, orang ramai yang berdepan situasi ternampak harimau belang ketika sedang menaiki kenderaan di mana-mana sahaja, segera salurkan maklumat kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Advertisement

“Jangan cuba turun daripada kenderaan, membaling objek atau mencederakan haiwan tersebut yang dikhuatiri mendorong mereka untuk bertindak balas (secara agresif),” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau Hutan Simpan Lenggor dan memasang perangkap kamera bagi memudahkan usaha menjejaki haiwan berkenaan.

“Sifat sebenar harimau belang tidak menampakkan diri mereka namun lokasi penemuan haiwan liar itu didapati di dalam kawasan Taman Negara Endau-Rompin yang mana merupakan habitat dan kawasan keliarannya.

Advertisement

“Justeru itu, kita ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan liar termasuk harimau dan gajah yang cenderung menyerang mangsa jika berasa terancam atau untuk mendapatkan makanan,” katanya.

Pada 20 Oktober lepas, media melaporkan dua rakaman video memaparkan gelagat beberapa individu yang terserempak dengan haiwan pemangsa berkenaan di Hutan Simpan Lenggor membunyikan hon kenderaan, tular di media sosial.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top