BM | EN | 中文

HARIMAU BELANG “LAWAT KAWASAN”

mersing-harimau.jpg
Advertisement

MERSING : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor telah mengesahkan menerima maklumat mengenai kehadiran seekor harimau belang di sekitar kawasan ladang tanaman di sini.

 

Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak jabatan akan menghantar kakitangan yang bertanggungjawab ke lokasi kejadian dalam tempoh terdekat.

Advertisement

 

Berdasarkan pemerhatian menerusi video yang tular, kelibat haiwan berkenaan tidak bertindak secara agresif terhadap orang awam yang hadir namun pihak jabatan menasihati orang ramai agar tidak terlalu berani untuk mengambil sebarang tindakan sendiri atau mendekati harimau belang tersebut.

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top