JOHOR BAHRU, 7 DIS: Rakyat Johor masih berpeluang untuk mengambil kesempatan bagi mendapatkan informasi tentang peranan jabatan-jabatan kerajaan pada Hari UTC Johor bersama Pelanggan 2019, pada hari esok.
Program yang berlangsung pada hari ini dan esok itu akan mempamerkan beberapa gerai termasuk daripada Jabatan Penerangan Malaysia dan JohorKini Media Agency (JohorKini), JobsMalaysia, Majlis Amanah Rakyat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jabatan lain yang mengambil bahagian termasuklah Tabung Haji, Indah Water, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain lagi.
Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru, Norhasiswana Rasion berkata penduduk di negeri ini masih berkesempatan untuk datang bersemuka dengan jabatan-jabatan kerajaan untuk mendapatkan info tentang fungsi dan tanggungjawab kerajaan.
“Sebenarnya ini adalah salah satu strategi jabatan kami untuk mengadakan pameran untuk menerangkan kepada orang awam yang datang ke UTC tentang tanggungjawab kami.
“Jabatan Penerangan berfungsi untuk memberi peranan dalam memasarkan dasar-dasar kerajaan samada di peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun negeri,” katanya.
Turut hadir; Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng.
Tambahnya lagi, orang ramai boleh mendapatkan informasi berkaitan banyak perkara termasuklah berkenaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan Belanjawan Johor 2020 di gerai pamerannya.
“Kepada semua orang Johor, anda masih berpeluang untuk datang ke Hari UTC Johor bersama pelanggan 2019 pada hari esok untuk mendapatkan informasi dan maklunat berkenaan jabatan-jabatan kerajaan,” katanya.
Pengunjung yang ingin hadir ke program tersebut boleh ke Galleria @ Kotaraya bertempat di Atrium 1 aras LG dan pameran dibuka mulai jam 10 pagi hingga 10 malam.
Antara aktiviti menarik termasuklah kuiz terbuka, pertandingan mewarna, pembukaan akaun, kaunter perkhidmatan dan masuklah adalah percuma.
JohorKini