BM | EN | 中文

HARI TERBUKA KKJ 8 DISEMBER 2019

IMG-20191202-WA0003.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU 2 DIS : Kolej Kemahiran Johor (KKJ) akan mengadakan Hari Terbuka pada 8 Disember ini bagi memberi ruang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) untuk menyertai lebih 12 kursus kemahiran yang ditawarkan kolej di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) itu.

Hari Terbuka KKJ yang akan diadakan di KKJ Jalan Jumaat, Kampung Ungku Mohsin, di sini itu akan bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang menampilkan pelbagai aktiviti antaranya demostrasi oleh para pelatih penyediaan makanan, automotif, pemasangan atau penyelenggaraan elektrik dan multimedia.

Selain itu, sesi pendaftaran terbuka kepada lepasan sekolah dan PT3 juga dijalankan selain khidmat konsultansi bagi para pelajar dan ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut program-program yang ditawarkan KKJ termasuk skim pembiayaan dan kemudahan asrama.

Advertisement

Menurut Pengurus Perhubungan Awam, Media dan Hal Ehwal Pelajar KKJ, Zaid Zain, KKJ kini mempunyai lebih 800 pelajar di cawangan Johor Bahru, Batu Pahat, Muar dan Kluang dalam sepuluh program  peringkat sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang ditawarkan.

“Bagi sesi pengambilan 8 Disember ini, KKJ mensasarkan kemasukan seramai 200 pelajar baru bagi lapan kursus yang ditawarkan di kolej utamanya di Johor Bahru serta 100 pelajar lagi bagi kolej-kolej cawangan.

“KKJ kini menawarkan program-program kemahiran dalam bidang automotif- servis selepas jualan, pembuatan pastri, penyediaan makanan dan pengurusan  pejabat.

Advertisement

“Selain itu, operasi sistem komputer, artis multimedia –visual, pemasangan dan penyelenggaraan elektrik, pelukis pelan senibina, peralatan penyaman udara HVAC, servis serta pembuat pakaian wanita (pereka fesyen),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Zaid berkata, kursus-kursus dijalankan mengikut  tahap yang ditetapkan iaitu tahap dua dan tiga bagi sijil dan tahap empat Diploma Kemahiran Malaysia.

‘KKJ atau asalnya dikenali sebagai Kolej Komuniti YPJ merupakan kolej komuniti pertama ditubukan kerajaan Negeri Johor di negara ini pada 1996 sebelum kerajaan pusat memperkenalkannya di peringkat parlimen-parlimen di negara ini.

Advertisement

“Sehubungan itu orang ramai dijemput hadir bagi mendapat maklumat lanjut mengenai program-program kemahiran yang ditawarkan KKJ,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top