BM | EN | 中文

HARI PENAMAAN CALON PRK TANJUNG PIAI SELESAI

IMG-20191102-WA0044.jpg

Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai berlangsung hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

Bertempat di Pontian, Johor, Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang bersaing untuk merebut kerusi parlimen berkenaan.

Kerusi berkenaan dikosongkan selepas penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Pontian pada 21 September lepas.

Allahyarham Dr Md Farid memenangi kerusi berkenaan dalam pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan majoriti 524 undi.

Beliau mendapat 21,255 undi apabila menewaskan Wee Jeck Seng daripada Barisan Nasional (BN) yang meraih 20,731 undi. Sementara seorang lagi pencabarnya, Nordin Othman daripada Pas pula hanya menerima 2,962 undi.

JohorKini membawakan rangkuman laporan proses hari penamaan calon PRK Tanjung Piai, hari ini.

11 pagi, Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim:
Perjalanan proses penamaan calon selesai berlangsung apabila ia disempurnakan dengan lancar dan pantas

Secara rasmi, kerusi Parlimen Tanjung Piai ditandingi enam penjuru.

Ia membabitkan calon PH, BN, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua calon bebas.

Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66 mewakili PH yang akan dicabar Jeck Seng, 55 yang mewakili BN.

Selain itu, turut mengesahkan penyerahan borang pencalonan adalah wakil Gerakan, Wendy Subramiam, 38, Timbalan Setiausaha Agung Nasional dan Naib Ketua Wanita Nasional parti itu dan Presiden (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.

Selain itu, dua lagi calon bebas turut disahkan borang pencalonan mereka iaitu, Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 43 dan Ang Chuan Lock, 39.

Perkara tersebut diumumkan Pengurus Pilihan Raya bagi PRK Tanjung Piai, Zulkifly Mohamad Tahir,

9 pagi, Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim:
Pusat penamaan dibuka dan proses mengemukakan borang pencalonan berjalan selama satu jam

9.26 pagi, Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim:
Borang pencalonan Calon Bebas, Faridah Aryani Abd Ghaffar diterima Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

9.14 pagi, Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim:
Borang pencalonan Calon Parti Gerakan, S Wendy diterima SPR

9.12 pagi, Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim:
Borang pencalonan Calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock diterima SPR

9.09 pagi, Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim:
Borang pencalonan Calon Parti Berjasa, Datuk Dr Badhrulhisham diterima SPR

9.06 pagi, Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim:
Borang pencalonan Calon Parti BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng diterima SPR

9.03 pagi, Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim:
Borang pencalonan Parti PH, Karmaine Sardini diterima SPR

8.16 pagi, Stadium Mini Pontian
Calon PH, Karmaine bersama ribuan penyokong mula bergerak ke pusat penamaan calon. Perarakan diiringi Presiden Bersatu yang juga Menteri Dalam Negeri, Tan Seri Muhyiddin Yassin bersama Ketua DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah PRK PH Tanjung Piai, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang juga Menteri Besar Johor.

7.45 pagi, Stadium Mini Pontian
Calon PH, Karmaine tiba di lokasi PH berkumpul. Turut kelihatan beberapa pimpinan calon PH yang lain

7 pagi, Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim
Kawasan sekitar pusat penamaan calon sudah dipenuhi para penyokong parti yang bertanding. Bagaimanapun, situasi dilihat masih terkawal oleh pihak berkuasa yang menjalankan penugasan masing-masing.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top