BM | EN | 中文

HARI MALAYSIA SEMAI CINTA TANAHAIR

hari-malaysia.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 SEPT: Rakyat Malaysia bakal menyambut dan merayakan Hari Malaysia yang ke-56, hari tercatatnya penubuhan Persekutuan Malaysia.

Pelbagai pencapaian telah dikecapi, bukan sahaja dari segi perkembangan ekonomi tetapi juga dari aspek perpaduan kaum.

Setelah lebih setengah abad, banyak yang telah dicapai sejak 16 September 1963 dengan termaktub penubuhan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Advertisement

Perisytiharan Hari Malaysia disempurnakan di Stadium Merdeka disaksikan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat jelata.

Penubuhan Persekutuan Malaysia

Ia bukannya dengan mudah diperoleh. Pembentukan Malaysia ditentang oleh Indonesia dan Filipina.

Advertisement

Pada ketika itu, Indonesia yang tidak setuju terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia melancarkan konfrontasi ketenteraan dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Konfrontasi ini berlanjutan hingga 1966.

Namun semua cabaran telah berlalu. Pada 9 Julai 1963, perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia berjaya dimeterai dan akhirnya pada 16 September tahun yang sama, secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Sejarah pembentukan Malaysia sudah lama berlalu, namun semangat patriotisme perlu terus dipertahan dan disuburkan dari semasa ke semasa dalam agenda mempertahankan kedaulatan negara.

Advertisement

Tinjauan Johorkini di sekitar bandaraya Johor Bahru baru-baru ini mendapati, masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur telah bersedia menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia.

Kelihatan kedai-kedai mulai mengibarkan bendera Malaysia, tanda sambutan Hari Malaysia dengan tema Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Hari Malaysia merupakan usaha menyemarak semangat perpaduan yang perlu terus dipupuk dan dikekalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Advertisement

16 September bukan sekadar hari cuti umum, namun memberi makna kepada kesepaduan kaum dan pemangkin semangat cintakan negara.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top