BM | EN | 中文

Hari Malaysia: Paduan suara Menteri Besar, Adun muda Selangor dendang ‘Standing In The Eyes Of The World’

SITEOTW-Selangor-2020d.jpg

SHAH ALAM, 16 SEPT: Sempena sambutan Hari Malaysia ke-57 hari ini, sejumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) muda Selangor meluangkan masa untuk menyatakan rasa kasih mereka kepada negara melalui paduan suara.

Melalui lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’ mereka mendendangkan lagu ikonik itu dengan diiringi dua penyanyi terkenal, Lah Ahmad dan Ella.

Lebih menarik, sebahagian daripada lagu itu dipersembahkan secara rap, yang turut menampilkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Video berdurasi 6 minit 2 saat itu dimuatnaik tengah hari ini di laman Youtube Adun Kota Anggerik, Najwan Halimi yang segera menggamit reaksi positf rata-rata warganet.

Selain itu video sama turut disiarkan di beberapa laman facebook Adun muda Selangor yang terlibat dalam klip video muzik itu.

Antaranya, Jamaliah Jamaluddin (Adun Bandar Utama), Chua Wei Kiat (Adun Rawang), Lim Yi Wei (Adun Kampung Tunku) dan Juwairiya Zulkifli (Adun Bukit Melawati).

Turut sama kelihatan dalam klip muzik itu ialah Rajiv Risyakaran (Adun Bukit Gasing), Michelle Ng (Subang Jaya), Lim Yi Wei selain Edry Faizal Eddy Yusof (Adun Dusun Tua) yang juga penyanyi kumpulan hiphop 5Forty2.

Lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’ dinyanyikan Ella kira-kira 22 tahun lalu sempena penganjuran Sukan Komanwel 98 di Kuala Lumpur.

Lagu berkenaan diilhamkan komposer Wah Idris manakala liriknya adalah hasil ilham Habsah Hassan.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top