BM | EN | 中文

Hargai peranan, Adun Mengkibol dan AMANAH Kluang santuni AJK di sembilan masjid, surau

chew-chong-sin-adun-mengkibol-serah-sumbangan-surau-masjid-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 16 SEPT: Bagi menghargai peranan para jemaah dan jawatankuasa masjid dan surau, Adun Mengkibol, Chew Chong Sin dan ahli Parti AMANAH Negara kawasan Kluang turun padang bagi menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas.

Chong Sin dalam satu kenyataan memaklumkan, kesempatan itu turut dimanfaatkan bagi mendapatkan maklumat dan pandangan para kariah di sembilan buah masjid dan surau di sekitar Kluang.

“Sewaktu PKP tempohari hanya beberapa orang pegawai dan AJK masjid dan surau sahaja di benarkan hadir menunaikan solat fardu dan Jumaat.

Advertisement

“Bagi menghargai jasa dan kesabaran mereka pejabat DUN Mengkibol berbesar hati memberikan buah tangan berupa pek makanan sebagai tanda silaturrahim,” kata Chong Sin.

Antara masjid dan surau yang dilawati adalah masjid Taman Delima, Surau Taman Intan Jalan 2, Surau Taman Kluang Barat, Masjid Seri Lalang, Surau Taman Permata, Masjid Kampung Bentong, Surau Kampung Bentong, Masjid Taman Seri Impian dan Masjid Kopketa Taman Seri Impian.

“Dalam pada itu Chong Sin mengajak agar penduduk di daerah ini sama-sama berdoa agar wabak Covid-19 segera pulih.

Advertisement

“Ini kerana kita semua rindukan kehidupan dan pergerakan seperti sedia kala.

“Untuk mencapai matlamat tersebut, segala SOP yang dikuatkuasa mestilah dipatuhi,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top