BM | EN | 中文

‘HARGA TINGGI PUNCA LAMBAKAN HARTANAH’

Sumber-gambar-Rhino-Car-Hire.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OGOS: Harga hartanah yang tinggi yang ditetapkan oleh pemaju menyumbang kepada masalah lambakan unit tidak terjual yang didapati meningkat kepada 58,078 unit, seperti yang direkodkan pada suku pertama 2019.

Mengulas mengenai isu tersebut, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS) UPM, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata kecenderungan pemaju membina rumah bernilai tinggi bagi mengaut keuntungan berganda menyebabkan masalah ini berlaku.

Ahmed Razman, yang dipetik oleh Malaysiakini, berkata tindakan tersebut menyebabkan harga rumah meningkat dan menghalang pembeli yang tidak berkemampuan dari memilik rumah idaman masing-masing.

Advertisement

“Adanya permintaan dari warga asing dan golongan pelabur yang sebenarnya mengambil kesempatan atas spekulasi harga hartanah.

“Ini menyebabkan rumah yang harga berpatutan dibina di lokasi yang tidak sesuai dan rumah yang bernilai tinggi tidak laku dijual ataupun kalau dijual ia tidak dihuni,” beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Dr Azizul Azli Ahmad, perunding hartanah yang aktif di media sosial juga berkongsi pendapat sama dimana beliau menyatakan bahawa harga hartanah yang ditetapkan pemaju, yang disifatkannya melebihi nilai sebenar, sebagai faktor utama masalah lambakan hartanah yang sedang dihadapi kini.

Advertisement

“Sebenarnya kita kena tuding jari kepada pemaju, mereka jual harga yang berlebih-lebihan, bukan pada nilai sebenar (genuine value). Sepatutnya harga RM300,000 ia (pemaju) letak RM450,000, ia bagi kononnya dapat pulangan tunai (cash back) RM50,000.

“Pembeli untung atau rugi? Sebenarnya rugi. Kalau bank luluskan (pinjaman) pun dia masih akan rugi. Sebab dia dah beli rumah pada harga masa depan.

“Bila masanya rumah tu siap dan kononnya (pembeli) hendak jual, harga masih lagi rendah sebenarnya. Benda itu yang sedang berlaku di pasaran,” jelasnya.

Advertisement

Laporan data terkini Pusat Maklumat Harta Tanah Negara menyebut peningkatan yang direkodkan suku pertama tahun ini kenaikan 5.5 peratus dari segi unit dan 4.1 peratus dari segi nilai berbanding tahun lepas.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top