BM | EN | 中文

Harga tawaran dalam pasaran hartanah menurun termasuk di Johor – PropertyGuru

Property-Guru.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 MAC: PropertyGuru Malaysia mendapati harga tawaran hartanah di Malaysia mencatatkan penurunan bagi tempoh suku ke suku.

Laporan Indeks Pasaran Hartanahnya bagi suku pertama 2021 menunjukkan bahawa Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang masing masing mencatatkan penurunan sebanyak 1.80 peratus, 0.83 peratus dan 0.78 peratus manakala Selangor satu-satunya pasaran yang meningkat iaitu sebanyak 0.84 peratus.

“Dengan penurunan harga tawaran ditambah dengan pelbagai insentif daripada kerajaan, telah menyediakan pilihan yang lebih berpatutan untuk pembelian hartanah, kata Pengurus Negaranya Sheldon Fernandez.

Advertisement

Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC) juga mendedahkan 50.5 peratus daripada pelancaran kediaman baharu adalah yang berharga di bawah RM300,000, manakala hartanah berharga antara RM300,001 hingga RM500,000 menyumbang sebanyak 24.7 peratus.

Hartanah bertanah merupakan majoriti daripada pelancaran kediaman baharu dengan 3,127 unit dilancarkan pada suku tersebut.

Hernandez semalam dilaporkan berkata, ini memberi penambahan kepada lambakan sedia ada hartanah di Johor sebanyak 20.4 peratus, Selangor sebanyak 15.2 peratus dan Kuala Lumpur sebanyak 10.1 peratus.

Advertisement

“Pembeli muda kini berminat untuk mengambil kesempatan daripada harga rendah ketika ini, kadar faedah kondusif serta insentif semasa, terutamanya sebelum Kempen Pemilikan Rumah (HOC) berakhir Mei tahun ini.

“Mereka yang ingin membeli perlu maklum bahawa kerajaan telah melanjutkan pengecualian duti setem terhadap instrumen pindahan dan perjanjian pinjaman bagi pembeli rumah pertama, untuk hartanah berharga sehingga RM500,000 seunit sehingga 31 Dis, 2025” katanya.

Beliau berkata dengan peluang daripada kadar faedah rendah, apabila Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada 1.75 peratus, aktiviti unus niaga pasaran mungkin akan menyaktlikan lonjakan awal pada 2021.

Advertisement

Secara keseluruhan pasaran hartanah dijangka pulih pada kadar yang lebih perlahan daripada keseluruhan ekonomi, memandangkan keyakinan terhadap pemulihan kewangan perlu berlaku terlebih dahulu hari memacu permintaan pengguna, katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top