BM | EN | 中文

Harga petrol, diesel turun mulai tengah malam ini

IMG-20200207-WA0043.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 FEB: Harga petrol RON95, RON97 dan diesel diumumkan turun berkuatkuasa 8 Februari hingga 14 Februari ini.

Sebelum ini, harga RON95, RON97 dan diesel masing-masing ialah RM2.08, RM2.41 dan RM2.18 seliter.

Bermula 8 Februari ini, harganya turun kepada RM2.04 seliter, RM2.37 seliter dn RM2.08 seliter masing-masing.

Advertisement

Ini bermakna harga RON95 dan RON97 turun sebanyak 4 sen seliter dan 7 sen seliter manakala harga diesel turun sebanyak 10 sen seliter.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sidang media di Putrajaya hari ini memberitahu kadar harga baru itu disebabkan penurunan harga minyak global.

“Penurunan harga runcit merupakan penurunan terbesar dari minggu lalu, apabila harga petroleum di pasaran dunia menurun, ini membolehkan harga runcit produk itu turun,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top