BM | EN | 中文

HARGA MINIMUM HARTANAH UNTUK WARGA ASING AKAN DIKAJI SEMULA, KATA EXCO PERUMAHAN JOHOR

f72e7fae-fe59-4d9b-99d2-e9ea14e28a94.jpg

JOHOR BAHRU, 20 SEPT: Kerajaan negeri bakal menyemak semula harga minima hartanah yang dibenarkan untuk dijual kepada warga asing di Johor, menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly bagaimanapun berkata harga baharu yang akan diperkenalkan nanti, sama ada meningkat ataupun dikurangkan, bergantung kepada keperluan semasa.

“Meskipun ia bukan dibawah bidang kuasa (jabatan) perumahan, tetapi kerajaan negeri tetap mempunyai asas untuk mengkaji (semula harga minima) berikutan dari (lambakan unit hartanah) perumahan yang tidak terjual yang berharga lebih dari RM600,000 di Johor ini.

“Kita akan dapatkan maklumat pada masa terdekat dan perkara ini akan dimasukkan sebahagian daripada insentif dasar (perumahan negeri) yang bakal diperkenalkan pada bulan hadapan,” katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan pameran rumah dan hartanah iProperty.com.my, hari ini.

Dzulkefly bagaimanapun menjelaskan bahawa tindakan kerajaan negeri untuk menyemak semula perkara tersebut tidak akan menjejaskan peluang rakyat tempatan untuk memiliki rumah sendiri.

“Kerajaan negeri akan pastikan harga yang bakal baharu ini tidak akan timbulnya persaingan kepada permintaan domestik mahupun menjejaskan pasaran hartanah,” katanya lagi.

Menurut Dzulkefly, statistik daripada Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan, menunjukkan terdapat 10,580 hartanah kuota bumiputera yang tidak terjual merentasi semua sektor, yang bernilai RM7.07 billion.

Putrajaya pada Mac 2014 menetapkan nilai minimum RM1 juta jika warga asing ingin memiliki hartanah di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri mempunyai hak dan bidang kuasa membuat pindaan terhadap nilai tersebut.

 

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top