BM | EN | 中文

Harga cili padi merah di Johor melambung, cecah RM29 sekilogram

cili-padi-merah.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 FEB: Harga pasaran cili padi merah sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Januari lalu mencatatkan peningkatan ketara mencecah hampir RM30 sekilogram (kg).

Menurut laporan Sinar Harian, tinjauan di beberapa pasar raya sekitar negeri ini, mendapati selain cili padi harga beberapa jenis sayuran lain turut meningkat.

Peniaga makanan, Mohamad Izam Seran, 50, berkata sebelum ini cili padi merah boleh dibeli pada harga RM8kg, namun harganya kini antara RM25 ke atas.

Advertisement

“Saya pernah beli (cili padi merah) pada harga RM29kg. Sayuran hijau lain memang mengalami kenaikan harga sejak tiga hari lalu.

“Seperti sayur kailan dan sawi jepun, sebelum ini harganya antara RM4kg, sekarang ada RM8 sehingga RM10kg.

“Harga sayur turun naik ini sudah lama sejak tahun lalu, tetapi cili padi merah memang terlalu mahal. Bila kita tanya kenapa jual mahal, pemborong cakap sebab PKP,” katanya ketika ditemui hari ini.

Advertisement

Sementara itu, peniaga masakan panas, Zarina Abdul Ghani, 38, pula berkata cili padi merah terlalu mahal untuk dibeli sebagai bahan keperluan jualan.

Katanya, selain cili padi merah, harga sayur sawi dan kangkung juga meningkat hampir sekali ganda.

“Saya banyak pergi ke pasar awam, pasar raya untuk cari harga yang lebih murah.

Advertisement

“Bila lihat harga cili padi merah mencecah RM29kg, memang termenung sama ada mahu beli atau tidak.

“Saya terpaksa kurangkan pembelian sayuran itu dalam setengah kilogram saja. Memang terasa sebab masakan banyak guna sayuran seperti nasi goreng, mi goreng dan mi celup,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top