BM | EN | 中文

Harga barangan keperluan perlu dikawal demi kelangsungan hidup rakyat – Pemuda AMANAH Johor

asim-abdullah.jpg

Asim Abdullah

Advertisement

LEDANG, 14 JUN: Kawalan harga barangan keperluan adalah penting bagi memastikan rakyat tidak menerima tekanan demi kelangsungan kehidupan seharian, kata Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Asim Abdullah.

Katanya, kerajaan perlu memastikan harga barangan keperluan mampu dimiliki kerana terdapat ramai golongan terkesan susulan keadaan ekonomi semasa.

“Harga barang meningkat mengeruhkan keadaan. Ekonomi rakyat hari ini semakin terdesak.

Advertisement

“Kami mendapat aduan dan rungutan orang ramai menyatakan harga barangan keperluan semakin tidak terkawal.

“Kerajaan perlu mengambil langkah proaktif membendung masalah ini,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan perlu membuat pemantauan dan menetapkan harga keperluan asas di pasaran.

Advertisement

Tambahnya, terdapat kumpulan ‘orang tengah’ yang bertanggungjawab menentukan harga barangan tersebut.

“Sejauh mana pemantauan kerajaan terhadap harga barang yang dikenal pasti berlaku melalui pembabitan ‘orang tengah’?

“Kementerian terbabit perlu turun padang menyemak sendiri harga tersebut, bukan hanya sekadar nafi dan mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang tindakan.

Advertisement

“Kesejahteraan ekonomi rakyat adalah tanggungjawab kerajaan.

“Kerajaan perlu menyelesaikannya dan bukan membiarkan perkara ini berlarutan tanpa dikawal,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top