BM | EN | 中文

Harga barangan keperluan dijangka meningkat, rakyat mula khuatir

Dzulkefly_Ahmad_johor.jpeg

Dzulkefly Ahmad (Gambar Ehsan The Malay Mail)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 FEB: Rakyat di negara ini kini mulai khuatir dengan trend kenaikan harga minyak yang boleh menyebabkan kenaikan harga barang keperluan.

Mengulas perkara itu, Adun Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar kerajaan segera memantau harga barangan susulan peningkatan harga bahan bakar.

“Trend kenaikan harga minyak yang mendadak dibimbangi memberi kesan kepada harga barangan keperluan.

Advertisement

“Kawalan harga keperluan perlu dibuat oleh kementerian, apatah lagi rakyat berdepan masalah ekonomi.

“Kita sedar rakyat semakin terhimpit dari segi ekonomi dan sekiranya harga barang meningkat pastinya keadaan lebih parah,” ujarnya.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berpandangan kerajaan perlu mengadakan langkah-langkah tertentu bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.

Advertisement

Tambahnya, selain menangani isu kesihatan kerajaan juga perlu memberikan fokus kepada isu ekonomi.

“Segala mesyuarat hari ini banyak bergantung kepada isu kesihatan, namun fokus kepada ekonomi juga adalah perlu.

“Kenaikan harga barangan adalah serius. Kerajaan perlu menyediakan subsidi atau menguatkuasakan kawalan harga barang. Sehingga hari kementerian terbabit dilihat tidak mengambil maklum ini amat membimbangkan.

Advertisement

“Rakyat akan menjadi korban apabila harga barang bakal melambung tinggi,” ujarnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top