BM | EN | 中文

Harga barangan dipantau sempena musim perayaan

IMG-20200124-WA0030.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 JAN: Pemantauan harga barangan di semua daerah dilakukan pada bulan ini berdasar kepada penetapan harga secara mingguan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Exco Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr S Ramakrishnan berkata, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dilaksanakan bagi mengawal harga barang keperluan semasa musim perayaan utama.

“Tempoh kuat kuasa bagi SHMMP Tahun Baharu Cina ini adalah selama 14 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, sehari semasa hari perayaan dan lapan hari selepas perayaan.

Advertisement

“Skim ini akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, pihaknya juga akan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi mengawal pengambilan untung secara tidak munasabah oleh peniaga.

“Antara langkah diambil termasuklah menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 yang mewajibkan peniaga meletak tanda harga ke atas barangan dijual.

Advertisement

“Sebagai kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup, pelbagai langkah telah dilakukan bagi memastikan harga barangan berpatutan dan stabil.

“Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang masa dalam memastikan kestabilan harga barang di pasaran,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bekok itu turut memberitahu, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.

Advertisement

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta boleh dikenakan penalti,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top