BM | EN | 中文

Harga ayam: Penyelesaian hingga libat tiga kementerian bukti kerajaan lemah

Serudin.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 20 SEPT: Kerajaan hari ini dilihat lemah apabila isu berkenaan kenaikan harga ayam terpaksa melibatkan tiga kementerian.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud berkata, sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah bertindak untuk membendung ‘orang tengah’ yang dikatakan pemain dalam isu harga barangan mentah.

Jelasnya selain itu, kerajaan turut lambat bertindak memberikan maklumbalas.

Advertisement

“Sepatutnya kerajaan hari ini sudah tahu mengapa dan apakah sebab kenaikan harga itu berlaku serta nail mendadak.

“Tidak perlu sampai kalut dengan babitkan tiga kementerian untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana ia dilihat terlalu sukar bagi mengawal harga bahan mentah tersebut.

“Kelewatan kerajaan dalam memberikan respon terhadap masalah rakyat ini juga gambaran bahawa kerajaan baharu ini terlalu lemah dalam pentadbiran di negara ini,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Sebelum ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melibatkan Kementerian Kewangan (MOF) dalam mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan kerajaan sebagai langkah proaktif menstabilkan harga ayam untuk jangka masa panjang.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, untuk tujuan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan MOF selain Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi mencari satu penyelesaian jangka panjang munasabah terhadap isu harga ayam.

Beliau berkata, buat masa ini, KPDNHEP secara berterusan mengadakan sesi perbincangan bersama MAFI dalam memastikan isu kos tinggi makanan ternakan seperti dedak import, harga baka dan anak ayam yang mempengaruhi harga ayam di peringkat pengguna dapat diminimum serta diurus dengan baik.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top