BM | EN | 中文

‘Harapan Digital Learning’ inisiatif pejabat Parlimen Kulai, Adun Pekan Nenas bantu pelajar dari keluarga B40

Pejabat-ADUN-Pekan-Nenas-parlimen-Kulai-anjur-Harapan-Digital-Learning-bantu-pelajar-dari-keluarga-B40.jpg
Advertisement

KULAI, 23 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan operasi pelbagai sektor terjejas dan ditangguhkan, termasuk sekolah serta institusi pengajian tinggi (IPT).

Namun ia tidak menghalang usaha menimba ilmu pengetahuan, malah proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh dijalankan secara maya melalui sistem e-pembelajaran.

Atas kesedaran itu, pusat khidmat rakyat parlimen Kulai bersama pejabat ADUN Pekan Nanas telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program pembelajaran dalam talian yang diberi nama ‘Program Harapan Digital Learning’ di kedua-dua kawasan tersebut.

Advertisement

“Matlamat program ini untuk membantu 20 pelajar kalangan keluarga B40 bagi menjalankan kelas dalam talian semasa PKPP.

“(Kami) membekalkan komputer riba, data internet, dan menyediakan lima orang guru yang menjadi sukarelawan untuk mengajar secara dalam talian selama enam bulan,” menurut kenyataan ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Malah katanya, program tersebut mendapat kerjasama sektor korporat, YTL Communications Sdn Bhd yang sudi menyumbangkan tajaan data internet selama satu tahun kepada pelajar-pelajar tersebut.

Advertisement

Tambahnya lagi, antara guru yang menjadi sukarelawan program itu juga terdiri dari kalangan professional yang berasal dari Amerika Syarikat, New Zealand, Singapura dan Malaysia.

“Ilmu itu pelita hidup. Saya berharap program ini dapat meningkatkan tahap kemahiran dan nilai tambah kepada pelajar tersebut.

“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara,” tambah kenyataan itu lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top