BM | EN | 中文

HARAPAN BELANJAWAN 2020 : RAKYAT MAHU DAPAT BANYAK MANFAAT

Hafidz-e1570096414879.jpg

JOHOR BAHRU, 3 OKT : Belanjawan 2020 yang bakal dibentangkan pada 11 Oktober ini merupakan belanjawan kedua daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Tinjauan Johorkini mendapati, rakyat secara umum mahu kerajaan komited dan menguruskan perbelanjaan secara berhemah agar setiap rakyat merasai faedahnya.

Seorang pereka grafik, Hafiz Juhair, 26, berharap belanjawan kali ini menyediakan lebih banyak peluang misalnya skim atau geran tertentu khususnya kepada golongan muda untuk melibatkan diri dalam perniagaan.

“Sebelum ini, peluang untuk golongan muda memang ada seperti Geran Agropreneur Muda (GAM), namun saya harap skim begini dapat diperbanyakkan lagi kerana golongan muda merupakan kelompok paling produktif.

Syafika

Bagi seorang pelajar, Syafika Ramli, 31, berharap kerajaan bersikap adil untuk sektor pendidikan dalam negara.

“Trend sebelum ini kerajaan lebih mengutamakan sektor kejuruteraan berbanding bidang kemanusiaan”

“Bidang seni serta budaya yang menaikkan sahsiah rakyat perlu diberi peruntukkan yang sama,” katanya kepada Johorkini.

Sementara itu, agen insurans, Azhari Ahmad, 32, berharap belanjawan kali ini membuka peluang samarata dalam pekerjaan dengan gaji yang munasabah.

“Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, tapi kebanyakan tangga gaji rakyat Malaysia masih di takuk lama”

Azhari

Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, Fakhri Hakim, 22, berharap bajet yang diumumkan meliputi elemen kemudahan sara hidup pelajar dalam aspek pendidikan.

“Jika sebelum ini pelajar terpaksa berbelanja membeli peralatan belajar dengan harga yang agak mahal dan sebagai pelajar saya akui perkara itu agak terbeban.

“Jika kerajaan memberi inisiatif tambahan, kami dapat lebih berjimat cermat kerana sekarang pun, nak makan pun kadang-kala terpaksa dicatu,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top