BM | EN | 中文

Hapuskan orang tengah jika mampu turunkan harga barang

Mohd-Faizul-Mohd-Salleh.jpg

Mohd Faizul Mohd Salleh

Advertisement

MUAR, 21 APR: ‘Orang tengah’ yang dikatakan punca untuk kenaikan harga barangan keperluan di negara ini wajib dihapuskan oleh kerajaan.

Mengulas perkara itu, Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mohd Faizul Salleh berkata sistem yang memenangkan orang tengah perlu juga dipantau oleh kerajaan.

Jelasnya, tindakan kerajaan melalui Op Pantau sempena Ramadan dan Aidilfitri 2021 itu hanya menyasarkan peniaga sahaja tanpa smengambil tindakan terhadap ‘orang tengah’.

Advertisement

“Sekiranya kerajaan mahu menuduh ‘orang tengah’ sebagai punca kenaikan harga barang, bukanlah masa yang sesuai kerana apa yang perlu dilakukan kerajaan adalah mengkaji serta mengambil tindakan bagi memulihkan harga barang.

“Kalau ‘orang tengah’ sebagai punca kenaikan harga barang, maka tindakan kerajaan adalah dengan menghapuskan kuasa ‘orang tengah’ dan bukan hanya bercakap.

“Kerajaan perlu bertindak bukan hanya memberi penjelasan semata. Sampai bila perkara ini terus berlarutan sekiranya puncanya tidak dibasmi,” Mohd Faizul ketika dihubungi.

Advertisement

Sehubungan itu, beliau turut memberikan pandangan bahawa sistem ‘orang tengah’ yang dikatakan sebagai punca kenaikan harga barang itu sudah tidak relevan ketika ini.

Tambahnya, kerajaan perlu mengambil alih tugas ‘orang tengah’ berkenaan untuk memberikan khidmat terbaik kepada peniaga dan pengguna.

“Bagaimana peniaga mahu menurunkan harga barang sekiranya barang yang mereka dapat sudah sedia tinggi harganya. Ini tidak masuk akal dan kerajaan pula akan mengambil tindakan kepada peniaga tersebut.

Advertisement

“Sekiranya sistem ‘orang tengah’ ini menjadi punca penguasaan harga, sudah tiba masanya kerajaan mengambil alih kerja berkenaan dan menggerakkan pelbagai agensi serta jabatan bagi mengimbangi keadaan.

“Sistem ini tidak relevan pada masa ini. Harga barang yang melambung tinggi membuatkan rakyat terus terbeban,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top