JOHOR BAHRU, 25 DIS: Seramai 165 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka akibat banjir di daerah Segamat sehingga jam 10 pagi ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, jumlah berkenaan membabitkan 38 keluarga di mana menyaksikan penurunan dengan penutupan satu PPS berbanding semalam.
“Tiga PPS yang masih beroperasi adalah di Balairaya Batu Badak, Kompleks Penghulu Pogoh dan Dewan Kampung Tandong, Buluh Kasap.
“Sementara PPS di Balairaya Gemereh 3 yang dibuka sebelum ini telah ditutup pada jam 9 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, keadaan cuaca di daerah tersebut cerah, pemantauan berterusan dilakukan oleh agensi-agensi dari semasa ke semasa.
JohorKini