KUALA LUMPUR, 16 JUL: Hari ini mencatatkan tiga kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,737 kes.
Daripada tiga kes baharu hari ini, dua kes adalah penularan tempatan dan satu import.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 122 kes.
Sementara itu 12 kes sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,538 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai tiga orang dan satu daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,737 kes dengan 97.72 peratus kadar sembuh bersamaan 8,538 pesakit, manakala 122 kematian bersamaan 1.40 peratus.
Sehingga kini sejumlah 77 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini