BM | EN | 中文

Hanya seorang positif coronavirus di Johor

dr.sahruddin-isu-coronavirus.jpg

Dr Sahruddin dalam sidang media

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JAN: Hanya seorang disahkan positif coronavirus di negeri ini, menurut Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Beliau berkata, individu yang positif itu kini dalam tempoh kuarantin selama 14 hari dan ditempatkan di sebuah hospital serta diberikan perhatian yang rapi oleh Kenenterian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan jantina dan umur pesakit tersebut kerana masih menunggu maklumat dan nasihat dari pihak KKM.

Advertisement

Namun kata Dr Sahruddin, pesakit yang positif coronavirus itu kini dalam keadaan stabil.

“Hanya seorang positif coronavirus di Johor. Perkara seterusnya akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan.

“Hari ini saya hadir mendengar taklimat tentang (bagaimana) mengawal wabak ini daripada tersebar. Saya berpuashati dengan langkah yang diambil oleh KKM,” kata Dr Sahruddin kepada wartawan dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Advertisement

Sementara itu, seorang pegawai dari Pejabat Menteri Besar Johor memaklumkan, kerajaan negeri sentiasa memantau keadaan di 13 pintu masuk ke negeri ini.

Katanya, Menteri Besar akan membuat lawatan ke pintu-pintu masuk tersebut termasuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Tambah sumber tersebut, kerajaan negeri akan melihat sekiranya wujud keperluan antaranya termasuk ditempatkan pegawai tambahan mahupun alatan pengimbas suhu badan.

Advertisement

“Kita akan tengok apa yang boleh ditambah terutamanya dalam gerak kerja termasuk apa yang pihak Singapura lakukan agar bersesuaian dengan pihak Malaysia. Mungkin ada kesesakan dan sebagainya.

“Apa yang kerajaan negeri lakukan akan dirujuk kepada nasihat daripada KKM,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top