BM | EN | 中文

Hanya 400 warga Malaysia dari Singapura dibenarkan pulang dalam sehari

ukk-bsi-ciq-tambak-johor.jpg

Suasana di CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Tambak Johor (Gambar Ehsan UKK-BSI / KYAIZEE MOHD)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 APR: Hanya 400 rakyat Malaysia dari Singapura akan diterima masuk ke dalam negara setiap hari melalui kedua-dua pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor Bahru.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negeri Johor dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi melancarkan pergerakan masuk mereka yang terkandas di negara berkenaan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasa.

Mereka yang berhasrat pulang juga dikehendaki mendapatkan permit masuk daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di negara berkenaan yang perlu dimohon melalui e-mel stmsg@mhc.org.sg, sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh pulang.

Advertisement

“Permohonan ini telahpun dibuka dan pihak Suruhanjaya Tinggi telah menerima 900 permohonan setakat ini daripada rakyat Malaysia yang berada di republik itu,” katanya pada sidang media harian mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata sepertimana prosedur operasi standard biasa, mereka yang pulang dari Singapura ini akan dikenakan kuarantin selama 14 hari.

Semalam, kerajaan Johor dalam satu kenyataan berkata, terdapat trend peningkatan kemasukan rakyat Malaysia dari Singapura sejak 22 April lalu.

Advertisement

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan sebelum ini bilangan rakyat Malaysia yang kembali ke Malaysia melalui pintu masuk darat Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) adalah pada kadar purata 300 orang sehari.

“Walaubagaimanapun, bilangan ini telah meningkat melebihi 800 orang sehari,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, bilangan yang ramai pada satu masa yang sama telah menjadikan waktu menunggu lebih lama untuk agensi terlibat melakukan saringan dan penempatan di pusat kuarantin.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top