BM | EN | 中文

HANYA 39 PERATUS TANAMAN SAWIT DI JOHOR DAPAT PENSIJILAN MSPO 

teressa.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 SEPT: Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, negeri Johor mencatatkan peratusan penerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang rendah, iaitu kira-kira 39 peratus sehingga 31 Ogos lepas.

Menurutnya, dari jumlah tersebut mencatatkan enam peratus pekebun kecil persendirian.

“Berdasarkan data, setakat ini hanya 39.4 peratus daripada jumlah kawasan tanaman sawit di Johor mendapat pensijilan MSPO dan belum sampai 40 peratus.

Advertisement

“Ini kadar yang amat kurang memuaskan. Saya harap mereka (yang belum mendapat pensijilan MSPO) tampil ke MPOCC (Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia) untuk mendapatkan MSPO,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian First Export Shipment of MPSO Certified RBDPO di Mewaholeo Industries Sdn Bhd di Jalan Besi Satu, Pasir Gudang, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MPOCC Chew Jit Seng dan Pengerusi Mewah Group Michelle Cheo.

Advertisement

Mewaholeo Industries dijangka mengeksport lebih 300 tan metrik minyak masak ke Jepun pada 26 September ini.

Kata Teresa, memandangkan Mewaholeo Industries mempunyai kekurangan minyak sawit yang diperakui MSPO, ini adalah peluang dan pasaran untuk mereka.

“Ia penting untuk memastikan minyak sawit negara diiktiraf sebagai minyak yang berkualiti dan pengusaha kelapa sawit perlu mendapatkan pensijilan tersebut sebelum 31 Disember ini,” katanya.

Advertisement

Ujarnya buat masa ini, 51 peratus daripada keseluruhan 5.85 juta hektar tanaman sawit di negara ini telah menerima pensijilan MSPO.

Justeru itu, melalui perakuan sijil tersebut, ia dapat meningkatkan harga pasaran sawit pada masa depan.

“Kerajaan menghendaki dan menggalakkan pengusaha sawit mendapat pensijilan MSPO untuk harga lebih tinggi.

Advertisement

“Kita membiayai seratus peratus (subsidi) tetapi masih ramai yang belum datang untuk mendapatkan pensijilan MSPO.

“Diharapkan mereka akan tampil sebelum 31 Disember ini,” katanya.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top