BM | EN | 中文

Hannah Yeoh, Syed Azmi cadang 10 langkah untuk kerajaan tangani gejala sosial

syed-azmi-hannah-yeoh.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 FEB: Ahli parlimen Kepong, Hannah Yeoh dan Penasihat Mahkamah bagi Kanak-kanak, Mahkamah Kuala Lumpur, Syed Azmi Alhabshi mengemukakan sepuluh langkah kepada kerajaan untuk menangani gejala sosial.

Dalam kenyataan bersama mereka hari ini, keduanya merujuk kepada pelbagai laporan berita mengenai gejala ‘sugar baby’ yang sedang hangat dibincangkan.

“Kami menyarankan supaya kerajaan menangani gejala sosial seperti ini dengan lebih berkesan secara mencegah kerana ini lebih baik daripada merawat simptom.

Advertisement

“Kami menggesa supaya sepuluh langkah ini diambil bersekali dengan sebarang tindakan menyekat aplikasi sosial yang melanggar undang-undang negara,” menurut kenyataan tersebut.

Sepuluh cadangan itu adalah:

(1) mewujudkan Kementerian Kanak-Kanak yang mempunyai peruntukan khas dan sumber tetap untuk melindungi kanak-kanak. Ini termasuk penyediaan talian bantuan khas yang merangkumi pelbagai bahasa untuk kanak-kanak dan pemerkasaan infrastruktur untuk kanak-kanak OKU seperti ahli terapi yang mencukupi;

Advertisement

(2) segera menambah Pelindung Kanak-Kanak serta Pembantu Pelindung Kanak-Kanak yang terlatih supaya Akta Kanak-Kanak 2001 boleh dikuatkuasakan dengan lebih efektif terutamanya dalam aspek perlindungan;

(3) menambah baik sistem perundangan sedia ada dalam jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak seperti mewajibkan tahanan reman selama 3 hari kepada OKT bagi mententeramkan mangsa;

(4) memantau pelaksanaan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur supaya 58 program yang melibatkan 61 agensi Kerajaan boleh berjalan dengan lancar dan menepati jangka masa sehingga tahun 2025;

Advertisement

(5) jangan memberikan pelbagai alasan untuk pesalah jenayah seksual seperti tabiat menyalahkan mangsa (victim blaming) dan pemakaian mereka;

(6) mengkaji semula pendidikan seks di sekolah dan membuat penambahbaikan seperti melibatkan ibu bapa kerana statistik Kerajaan telah menunjukkan penglibatan kanak-kanak dalam kegiatan ini berlaku seawal 12 tahun;

(7) memperkasakan kursus perkahwinan dan membantu ibubapa menjadi lebih efektif dalam komunikasi dengan anak-anak;

Advertisement

(8) membantu keluarga yang terkesan seperti penceraian, mempunyai anak luar nikah dan perkahwinan tidak berdaftar terutamanya bagi keluarga yang tidak mempunyai sokongan kewangan;

(9) menghapuskan sindiket yang berkaitan dan amalan rasuah yang melibatkan pihak berkuasa seperti penjualan methamphetamine dan pemerdagangan kanak-kanak atau wanita; dan

(10) menyediakan program pemulihan dan kaunseling yang menyeluruh serta mudah dicapai bagi membantu kanak-kanak yang didera atau trauma.

Advertisement

Tambahnya, terdapat kanak-kanak dan remaja hari ini yang bergelut dengan krisis identiti dan mengalami kesukaran mencari tujuan kehidupan.

“Inilah realiti serta cabaran yang sedang mereka hadapi dan selagi kita menafikan hakikat ini, selagi itulah kita seolah-olah meraba-raba dalam kegelapan.

“Amalan agama tanpa penghayatan tidak mungkin memberikan hasil yang kita inginkan.

Advertisement

“Mari kita fokus membina semula nilai murni dan budaya moral yang sihat bagi generasi muda dengan membantu mereka dan bukan menghakimi mereka,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top