BM | EN | 中文

Hamzah “gadaikan” maruah Melayu dan Islam

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 MEI: Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin yang mengesahkan audio melinatkan dirinya itu mendapat perhatian banyak pihak.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata pengakuan tersebut merupakan bukti selama ini penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menggadaikan perjuangan Melayu Islam.

Tegasnya, pengesahan Hamzah itu serius kerana selama ini rakyat terutamanya bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini telah tertipu dengan helah dari kerajaan PN.

Advertisement

“Ini serius kerana ia mempermainkan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

“Mereka sibuk mencanangkan ini perjuangan bangsa dan agama tetapi dalam masa yang sama mereka telah mengesahkan bahawa tindakan rasuah yang mereka lakukan tidak salah.

“Ia dilihat seperti kebal dari undang-undang kerana tidak ada sebarang siasatan dilakukan selepas audio bocor itu tersebar.

Advertisement

“Apa yang pasti selama ini kerajaan PN telah mengadaikan maruah Melayu Islam yang sememangnya sebelum ini dijadikan sebagai perjuangan yang baik,” tegasnya.

Dzulkefly yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, turut mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengeluarkan kenyataan.

“Tan Sri Muhyiddin perlu menjawab perkara ini kerana ia mempertaruhkan nilai bangsa dan agama yang selama ini dicanangkan oleh beliau.

Advertisement

“Tindakan berdiam diri ini hanyalah memburukkan keadaan dan membuktikan kepada rakyat bahawa perjuangan yang selama ini dicanang oleh mereka hanyalah semata-mata palsu,” tegasnya lagi.

Hamzah sebelum ini mengaku rakaman aidio yang tular membincangkan pelantikan pegawai kanan polis sebagai benar.

Hamzah bagaimanapun berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan dalam rakaman itu antaranya menyatakan sokongan kepada seseorang yang dirujuknya sebagai “budak kita”.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top